Al-Habib Umar Ben Hafiz hafizahullah

Mudir Dar Al-Mustofa, Hadramawt Yemen

Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Jufri hafizahullah

Seorang Ulama Daie Ilallah berketurunan Rasulullah SAW.

Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid hafizahullah

"Meninggalkan maksiat adalah lebih mulia daripada melakukan taat"

Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki hafizahullah

"Sesiapa yang menjaga pandangan mata, dia akan dianugerahkan kemantapan hati"

Syeikh Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani hafizahullah

"Al-masyghul la yusyghal - Orang yang sibuk dengan keaiban dan kelemahan diri takkan punya kesempatan untuk disibukkan dengan mencari aib orang lain".

Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani hafizahullah

"Pilihlah untuk mencintai sifat yang kekal iaitu sifat Allah Jalla wa `Ala"


SILA KLIK PADA IKLAN DI ATAS INI UNTUK BORANG PENDAFTARAN DAURAH

Monday, December 31, 2012

Meraih Cinta Nabi Melalui Sambutan Tahun Baru



Habib Kadzim Jaafar As-Saggaf hafizahullah ketika menyampaikan tausiahnya di Masjid Al-Falah USJ9 sempena Sambutan Tahun Baru Masihi 2013 memberikan point penting untuk kita selami dan hayati bahawa kita perlu menyambut dan meraikan juga kegembiraan tahun baru masihi sepertimana kita menyambut tahun baru hijrah. 

Beliau membawakan suatu kiasan melalui kisah Nabi SAW. Ketika Baginda tiba di Madinah Baginda melihat orang Yahudi berpuasa kerana meraikan Nabi Musa AS yang terselamat daripada Firaun. Lalu Nabi bersabda "Kami lebih berhak untuk berpuasa berbanding kamu kerana Musa juga adalah Nabi kami".

Sebagai kias kepada apa yang Nabi sebutkan kepada kaum Yahudi di Madinah, kita ketahui bahawa sambutan tahun baru masihi dibuat sebagai meraikan hari lahirnya Nabi Isa AS. Maka kita juga perlu berkata, "Kami lebih berhak untuk meraikan sambutan ini kerana Isa AS juga adalah Nabi kami."

Cumanya cara sambutan sahaja yang perlu diperhatikan. Kita tidak menyambut new year sepertimana Yahudi dan Nasara menyambutnya. Sebaliknya kita menyambutnya dengan cara mengeratkan hubungan kita dengan mengenali para Anbiya dan Solihin serta mengikuti cara mereka dalam mensyukuri sesuatu keraian.

Alhamdulillah Allah telah memilih kami untuk duduk dalam salah satu majlis bersama Ulama' malam tadi. Moga sepanjang tahun ini akan menjadikan kita semua sebagai seorang yang sentiasa Allah pilih menuju jalan kebaikan dan melihat jalan keburukan dan maksiat sebagai perkara jijik yang wajib dihindari. Amin..


Semoga cinta kita kepada Habibuna Al-Mustofa Rasulillah SallAllahu alaihi wa ala aalihi wa sahbihi wa sallam semakin bertambah setiap hari setiap masa setiap detik.. 

Salam Mahabbah dari Darul Mahabbah.. :)

Wednesday, December 26, 2012

Kerana Cinta-Nya Kami Di Sini

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kami rafa'kan kehadrat Allah Pemilik Segala Cinta kerana dengan cinta-Nya dan cinta Kekasih-Nya Muhammad s.a.w kami dianugerahkan sedikit ruang untuk membentuk satu daerah untuk menyubur cinta sesama kita. Semoga Allah memberkati usaha kecil kami ini agar harapan untuk sentiasa bersama dengan Kekasih yang kita cintai itu sentiasa akan subur mekar di hati. Insya Allah.. :)