Al-Habib Umar Ben Hafiz hafizahullah

Mudir Dar Al-Mustofa, Hadramawt Yemen

Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Jufri hafizahullah

Seorang Ulama Daie Ilallah berketurunan Rasulullah SAW.

Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid hafizahullah

"Meninggalkan maksiat adalah lebih mulia daripada melakukan taat"

Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki hafizahullah

"Sesiapa yang menjaga pandangan mata, dia akan dianugerahkan kemantapan hati"

Syeikh Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani hafizahullah

"Al-masyghul la yusyghal - Orang yang sibuk dengan keaiban dan kelemahan diri takkan punya kesempatan untuk disibukkan dengan mencari aib orang lain".

Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani hafizahullah

"Pilihlah untuk mencintai sifat yang kekal iaitu sifat Allah Jalla wa `Ala"


SILA KLIK PADA IKLAN DI ATAS INI UNTUK BORANG PENDAFTARAN DAURAH

Wednesday, March 20, 2013

Daurah ABDIAH : Seminar Qutb Auliya Al-Imam Al-Habib Abdullah Ibn Alawi Al-Haddad




KERTAS KERJA
SEMINAR AL-IMAM AL-‘ALLAMAH AL-HABIB 
ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD

1. RASIONAL

Al-‘Allamah Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad merupakan seorang tokoh ulama’ Qutb Auliya di zamannya. Dari tuntunan peribadi dan akhlaknya kita dapat melihat dan merasakan seolah-olah Rasulullah masih lagi hidup bersama kita. Dari coretan penanya telah lahir puluhan karya agung yang mampu ‘menghiasi cakerawala’ Ahlussunnah Wal Jama’ah. Buku-buku karya beliau menjadi panduan dan rujukan penting bagi bagi para hamba Allah khususnya para salikeen yang mendambakan keinginan menuju ke jalan Allah mengikut cara sunnahnya Rasulullah SAW melalui gerbang pintu tasawwuf.

Beliau adalah seorang pendidik yang agung, seorang Murabbi yang bijak. Walaupun saat ini kita tidak bertemu dan menatap muka beliau, namun kita dapat memperoleh ilmu dan siraman cahaya untuk qalbu kita dengan karya-karyanya yang agung. Karya-karya beliau menekankan kepada Tazkiyatun-Nafs (penyucian hati) dan selalu meneladani Nabi Muhammad SAW, para sahabat RA, Ahlul Bait serta para Salafussoleh.

Justeru itu, seminar sehari tentang Al-‘Allamah Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad ini merupakan satu platform untuk kita mengenal dengan lebih dekat lagi tokoh Murabbi yang agung ini melalui sejarah latar belakang kehidupan beliau dan juga melalui karya-karya agung beliau seperti Ratib Al-Haddad, Kitab Adab Sulukil Muriid, Kitab Risalah Muawanah, Peringatan Tentang Umur Insan dan banyak lagi karya-karya beliau yang termasuk dalam Silsilah Imam Al-Haddad.

2. OBJEKTIF : ” MENGHAYATI MUTIARA HIKMAH QUTB AULIYA’ ”

2.1 Mengenali dengan lebih dekat latar belakang, akhlak peribadi Qutb Auliya’,  Al-‘Allamah Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad 
2.2 Menelusuri khazanah kitab-kitab Agung penulisan Imam Qutb, Al-‘Allamah Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad supaya dapat mengenal secara umum kitab-kitab penulisan Imam Abdullah Al-Haddad dan apa yang terkandung didalamnya.
2.3 Menghayati dan memahami zikir Ratib Al-Haddad yang dilazimi pembacaannya.
2.4 Peingijazahan Ratib Al-Haddad dan kitab-kitab beliau yang lain.

3. SASARAN

Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan juga kepada semua peringkat umur. (Maximum bilangan peserta 300 orang)

4. PENCERAMAH / PEMBENTANG

Seminar ini akan dikendalikan oleh pembentang yang mempunyai sanad, berpengalaman dan berpengetahuan luas serta mempunyai autoriti untuk membincangkan tentang Al-`Allamah Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad dan kitab-kitab karangan beliau. 



Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Al-Joofre

• Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) - Syariah - Universiti Al-Azhar, Mesir
• Sarjana Syariah (Feqh Perbandingan Mazhab) – Open University Cairo
• Pernah menuntut dan memperolehi ijazah dan sanad dari para guru di Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Mesir.
• Pengalaman berdakwah, membentangkan kertas kerja dan mengajar secara formal dan tidak formal lebih 10 tahun di pelbagai tempat di Malaysia, Singapura, United Kingdom, Republik Ireland, Australia, Jordan, Jepun, dan kepada para mahasiswa Nusantara di Universiti Al-Azhar, Mesir.
• Telah memimpin pelbagai persatuan dan aktiviti pelajar dan belia dari tahun 1996 hingga tahun 2002. 
• Bertanggungjawab menyelia dan menyemak puluhan kertas kerja, kajian dan buku karangan mahasiswa Al-Azhar. 
• Aktif sebagai moderator agama di iLuvIslam.com serta penulis blog di aljoofre.iluvislam.com.
• Pernah berkhidmat sebagai Konsultan Syariah kepada Syarikat Salamfone serta Mantop Consultancy and Training
• Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)
• Kerap kali muncul di kaca TV melalui rancangan seperti “Tanyalah Ustaz”, “Hujah”, “Nasi Lemak Kopi O” di TV9 serta rancangan “Assalamualaikum” dan “Muhasabah” di TV Alhijrah, juga pernah menjadi pengisi rancangan mingguan di Radio IKIM.fm, “Baiti Jannati” dan Topik Jumaat. 
Kini merupakan seorang pendakwah yang aktif ke seluruh negara dan menetap di Kuala Lumpur bersama seorang isteri dan tiga orang anak.

5. JADUAL TENTATIF SEMINAR

8.00 – 9.00 pg
PENDAFTARAN

9.00 – 9.15 pagi
Ucapan Aluan Oleh Pengarah Seminar
Ustaz Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin Al-Azhari

9.15 – 11.00 pagi
(SLOT 1)
“Biografi Al-‘Allamah Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad, Murabbi Dalam Bidang Tasawwuf “

11.00 - 11.15 pagi
REHAT ( MINUM RINGAN )

11.15 – 1.15 tengahari
(SLOT 2)
“Kupasan Khazanah Karya-Karya Agung Al-‘Allamah Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad dalam Silsilah Imam Al-Haddad“

12.45 - 2.00 petang
MAKAN TENGAHARI / SOLAT ZUHUR

2.00 – 2.20 petang
Bacaan Ratib Al-Haddad

2.20 – 4.00 petang
(SLOT 3)
“Syarah Ratib Al-Haddad – Menghayati Zikir Wali Qutb”

4.00 - 5.00 petang
MAJLIS PENUTUP
Pengijazahan Sanad
MINUM PETANG / SOLAT ASAR
PENANGGUHAN PROGRAM


6. PENUTUP

Diharapkan seminar ini dapat memberi input yang terbaik untuk kita mengenali dengan lebih dekat Al-`Allamah Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad menerusi karya-karya agung beliau dan seterusnya dapat mengaplikasi dan mengamalkan ilmu dan zikir yang diperolehi dari seminar ini dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim dan salik di jalan menuju Allah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati dan diredhai Allah.


____________________________________________________


Dibuka untuk pendaftaran sekarang !

DAURAH ABDIAH
SEMINAR QUTB AULIYA’ AL-IMAM AL-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD

Pembentang : Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Al-Joofre
(Personaliti Dakwah TV9, TV Alhijrah, IKIM.fm)
TARIKH/HARI : 27 APRIL 2013 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN KOLEJ DAR AL-HIKMAH, JALAN ABIM, SG RAMAL DALAM, 43000 KAJANG
Koordinat GPS : 2.971986 , 101.760151

Pengisian Slot:

“Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad sebagai Murabbi Dalam Bidang Tasawwuf “

“Kupasan Khazanah Karya-Karya Agung dalam Silsilah Imam Al-Haddad“

“Bacaan dan Syarah Ratib Al-Haddad – Menghayati Zikir Wali Qutb”

Yuran Penyertaan :
RM 50 (AWAM)
RM 30 (PELAJAR)

*MAKANAN / MINUMAN DISEDIAKAN (Minum Pagi/Makan Tengahari/Minum Petang)
*PENGIJAZAHAN SANAD DI AKHIR PROGRAM

INFO PENDAFTARAN :
019-5626046
Blog: www.dmahabbah.blogspot.com
FB: www.fb.me/DarulMahabbah

Anjuran: DARUL MAHABBAH (IP0381138-W)
Dengan Kerjasama : JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Disini nanti, anda juga boleh mendapatkan album zikir "Ratib Haddad" yang telah dilancarkan baru-baru ini.


PROSEDUR MENDAFTAR :

SILA BACA SEMUA MAKLUMAT DI SINI DENGAN TELITI

LIKE page FB Darul Mahabbah di www.fb.me/darulmahabbah
LAYARI blog Darul Mahabbah di www.dmahabbah.blogspot.com

Ahlan wa sahlan ke program Daurah kami. Anda boleh mula mendaftar hanya dengan 3 LANGKAH MUDAH:

Langkah Pertama - MEMBUAT PEMBAYARAN

Buat pembayaran ke dalam akaun CIMB ISLAMIC. Butiran akaun seperti berikut:
Nama Akaun : DARUL MAHABBAH
No. Akaun : 1 2 3 7 0 0 0 1 9 9 9 1 0 4

Jumlah Bayaran
Awam >> RM 50
Pelajar >> RM 30 (Pelajar DEGREE ke bawah SAHAJA)
* Tempat terhad kepada hanya 300 orang

Langkah Kedua - MENDAFTAR SECARA ONLINE dengan mengisi borang berikut (link borang dibawah)

https://docs.google.com/forms/d/1rC30wyGyhvqXNachDVzQjfj3msUQr_AVKtUcNgPr7l0/viewform

Langkah Ketiga - MENGHANTAR salinan gambar/scan bukti pembayaran melalui email darmahabbah@gmail.com **Diperlukan/Wajib

Selesai membuat pembayaran, mohon untuk SEGERA isi borang online melalui link borang di atas. Jika tidak, penyertaan anda tidak akan di SAH kan.

PERHATIAN :

Bagi peserta yang ingin menarik diri setelah mendaftar, anda dikehendaki mencari pengganti selewat-lewatnya 19 April 2013 dan memaklumkan kepada pihak kami.

Terima kasih. Moga Allah mempermudahkan kita untuk bertemu di majlis ilmu nanti. InsyaAllah :-)